Percetakan MyKad Terganggu 1 Hingga 7 September

1 Sep 2026 • 2:40 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Percetakan MyKad Terganggu 1 Hingga 7 September

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang ingin memperbaharui atau menggantikan MyKad mungkin berdepan gangguan sementara susulan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memulakan peralihan kepada MyKad generasi baharu.

JPN memaklumkan, perkhidmatan percetakan MyKad di seluruh negara dijangka terganggu mulai 1 hingga 7 September berikutan proses penggantian struktur kad sedia ada sebagai persediaan pelaksanaan MyKad generasi baharu.

Sehubungan itu, orang ramai yang tidak mempunyai urusan pentadbiran mendesak dinasihatkan menangguhkan permohonan pembaharuan atau penggantian MyKad sehingga tempoh peralihan berkenaan selesai.

Gangguan sementara itu turut dijangka melibatkan permohonan MyKad kali pertama bagi kanak-kanak yang mencapai umur 12 tahun.

JPN menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya menangguhkan permohonan berkenaan bagi membolehkan anak mereka menerima MyKad generasi baharu apabila pengeluarannya dimulakan dalam masa terdekat.

“Ibu bapa atau penjaga juga digalakkan untuk menunggu sebentar bagi membolehkan anak mereka menerima MyKad generasi baharu apabila pengeluarannya bermula dalam masa terdekat,” menurut JPN dalam satu kenyataan.

JPN memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul serta menghargai kesabaran dan kerjasama orang ramai sepanjang tempoh peralihan itu.

Sebarang perkembangan lanjut mengenai MyKad generasi baharu akan dimaklumkan JPN menerusi saluran rasmi jabatan berkenaan.

Dengan peralihan itu, rakyat yang tidak mempunyai keperluan mendesak untuk mendapatkan kad baharu disaran menunggu sehingga MyKad generasi baharu tersedia bagi mengelakkan permohonan ketika tempoh gangguan percetakan. - Getaran, 1 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved