Gangguan cetakan MyKad bermula hari ini hingga Sept 7 – JPN

1 Sep 2026 • 12:47 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Gangguan cetakan MyKad bermula hari ini hingga Sept 7 – JPN

JPN maklumkan gangguan sementara urusan cetakan MyKad bermula hari ini hingga 7 Sept berikutan peralihan kepada MyKad Generasi Baharu.

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang melalui proses peralihan daripada MyKad struktur sedia ada kepada MyKad Generasi Baharu, yang dijangka menyebabkan gangguan sementara terhadap urusan cetakan MyKad di seluruh negara.

JPN menerusi kenyataan hari ini memaklumkan gangguan sementara urusan cetakan MyKad itu dijangka bermula hari ini hingga 7 Sept.

Sehubungan dengan itu, JPN menasihatkan orang ramai yang tidak mempunyai keperluan mendesak untuk membuat penukaran atau gantian MyKad supaya menangguhkan sementara urusan berkenaan sepanjang tempoh berkenaan.

“Bagi permohonan MyKad kali pertama untuk kanak-kanak berusia 12 tahun, ibu bapa atau penjaga juga digalakkan untuk menunggu seketika bagi membolehkan anak menerima MyKad Generasi Baharu apabila pengeluarannya bermula dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.

Pada masa yang sama, JPN menghargai kesabaran dan kerjasama orang ramai sepanjang proses peralihan struktur kad pengenalan berkenaan serta memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul.

Perkembangan selanjutnya mengenai MyKad Generasi Baharu boleh didapati menerusi saluran rasmi JPN dari semasa ke semasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved