Percutian Di Hatyai Berakhir, Rakyat Malaysia Mula Pulang Ke Tanah Air

LocalTravel
24 Nov 2025 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, rakyat Malaysia yang terkandas akibat banjir di Hatyai, Thailand mula meninggalkan negara itu melalui sempadan Malaysia-Thailand.

Berdasarkan laporan akhbar Berita Harian, keadaan itu menyebabkan laluan masuk ke negara ini sibuk berbanding kenderaan dari negara ini menuju ke Thailand.

Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata pergerakan kenderaan ke Thailand hari ini berkurangan secara mendadak berikutan banjir di Hatyai.

Beliau berkata, berdasarkan statistik, seramai 9,950 orang direkodkan ke Thailand, manakala seramai 5,537 orang masuk ke Malaysia, Jumaat lalu.

"Namun semalam, jumlahnya berkurangan iaitu 5,812 orang ke Thailand dan 3,884 masuk Malaysia," katanya ketika ditemui di Kompleks ICQS, di sini, hari ini.

Mohd Nasaruddin berkata, ramai yang menangguhkan perjalanan dan berpatah balik selepas mengetahui keadaan banjir di Hatyai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved