Tular Situasi Banjir Di Beberapa Kawasan Di Perlis

LocalEnvironment
23 Nov 2025 • 6:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tular Situasi Banjir Di Beberapa Kawasan Di Perlis

Bila tiba hujung tahun, antara kebimbangan rakyat Malaysia semestinya musim tengkujuh yang lazim berlaku di beberapa kawasan, khususnya di Semenanjung Malaysia.

Kini, tular di media sosial beberapa rakaman yang menunjukkan kawasan tertentu sudah dinaiki air banjir.

Dalam video yang dikongsikan, kelihatan air melimpah ke jalan raya termasuk laluan utama, selain memasuki rumah serta premis perniagaan. Penduduk juga dilihat menyelamatkan barangan penting dan kenderaan peribadi masing-masing.

Antara kawasan yang dilihat terjejas teruk adalah di Perlis.

@jim.perlis

*HEBAHAN TERKINI – POS IMIGRESEN WANG KELIAN* Dimaklumkan bahawa beberapa laluan menuju ke *Pos Imigresen Wang Kelian* telah dinaiki air susulan hujan berterusan pagi ini. Paras air melintasi beberapa laluan kampung berhampiran pos. Pihak Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perlis sedang *memantau keadaan banjir secara berterusan*. Sekiranya paras air meningkat atau keadaan meruncing, langkah keselamatan tambahan akan diambil dan dimaklumkan segera. Orang awam dinasihatkan untuk berhati-hati dan mengikuti makluman rasmi yang dikeluarkan dari masa ke semasa. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perlis #prayforwangkelianperlis #banjirwangkelian #JabatanImigresenMalaysia #banjir #wangkelian

♬ Situasi Darurat – Luwla Sound

@perlisaktif

Situasi di Gua Kelam hari ini, 23 November 2025. PEMAKLUMAN: NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA KOMPLEKS EKOPELANCONGAN GUA KELAM, KAKI BUKIT, PERLIS BERKUATKUASA BERMULA PADA 23 NOVEMBER 2025 (AHAD) SEHINGGA TARIKH LAIN YANG AKAN DIMAKLUMKAN KELAK! SEBARANG KESULITAN AMATLAH DIKESALI! image is not available Tular Whatsapp

♬ original sound – PerlisAktif – PerlisAktif

@handalanshop

MasyaAllah tak pernah lagi banjir seteruk ni kawasan Padang besar . Semoga Allah lindungi semua mangsa2 banjir . Banyak kawasan dah ditutup hati2 semua #banjirperlis #banjirperlis2025 #padangbesarperlis

♬ original sound – amiraizat927 – Amir Aizat

Monsun timur laut berterusan hingga Mac

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan bahawa Monsun Timur Laut (MTL) dijangka berterusan sehingga Mac tahun depan.

Untuk makluman, Malaysia mengalami dua rejim monsun setiap tahun, dan salah satunya ialah MTL yang sinonim dengan tempoh November hingga Mac.

Musim MTL merupakan musim hujan utama negara. Sistem cuaca ini terbentuk bersama-sama dengan luruan udara sejuk dari Siberia menghasilkan hujan lebat yang sering menyebabkan banjir besar di negeri-negeri pantai timur Semenanjung iaitu negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur, serta negeri Sarawak dan Sabah di Malaysia Timur.

Bagaimana Monsun Timur Laut terbentuk?

Semasa musim sejuk, kawasan daratan benua menyejuk dengan lebih cepat dan menyebabkan suhu yang amat rendah di Asia Tengah.

Keadaan ini menyebabkan tekanan atmosfera meningkat dan membentuk sistem tekanan tinggi (antisiklon) yang sangat kuat di Siberia.

Akibatnya, udara sejuk bergerak keluar dari Siberia sebagai angin barat laut dan seterusnya bertukar menjadi angin timur laut apabila tiba di perairan pantai China sebelum menuju ke Asia Tenggara.

Dari semasa ke semasa, ledakan udara sejuk yang kuat (luruan monsun) ini saling bertindak dengan sistem tekanan rendah dan pusaran siklon yang terbentuk berhampiran Khatulistiwa, menghasilkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta hujan lebat khususnya di pantai timur Semenanjung Malaysia,  barat Sarawak dan timur Sabah.

Persediaan untuk menghadapi monsun lembap

Sebelum Musim Monsun

  • Sentiasa mendengar siaran radio, televisyen atau media sosial untuk amaran angin kencang dan laut bergelora.
  • Pastikan bekalan air dan makanan yang tidak mudah rosak disimpan secukupnya.
  • Bersihkan longkang, parit dan talang hujan daripada tersumbat.

Semasa Musim Monsun

  • Tinggal di tanah kukuh. Jauhi dari longkang beraliran laju, sungai dan kawasan banjir.
  • Jangan memandu ke kawasan banjir. Elakkan daripada melalui jambatan yang tidak kukuh dan jalan yang selalu dinaiki air.
  • Ikut arahan pihak berkuasa pengurusan bencana tempatan.
  • Bersedia untuk berpindah jika diarahkan terutamanya bagi yang tinggal di kawasan pantai, berhampiran sungai atau kawasan rendah.
  • Pastikan kenderaan anda diletakkan di tempat tinggi dan segala harta benda yang lain terjamin daripada kerugian dan kemusnahan akibat daripada banjir.
  • Elakkan daripada pergi ke laut dengan menggunakan kapal atau bot kecil.

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Jangan Sesekali Tanya Atau Beritahu ChatGPT 5 Perkara Ini

BACA: Ramai Buat, 5 Tabiat Buruk Ni Sebenarnya Boleh ‘Rosakkan’ Otak

BACA: 10 Tanda ‘Amaran’ Awal Anak Alami Tekanan Mental

Sumber: METMalaysia

The post Tular Situasi Banjir Di Beberapa Kawasan Di Perlis appeared first on Siakap Keli.