Perdagangan borong, runcit meningkat 6.7% kepada RM142.5 bilion pada Ogos 2023 - DOSM

LocalBusiness & Finance
12 Oct 2023 • 2:28 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Perdagangan borong, runcit meningkat 6.7% kepada RM142.5 bilion pada Ogos 2023 - DOSM

zulfadli

12/10/2023 - 14:28

KUALA LUMPUR 12 Okt - Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan nilai jualan berjumlah RM142.5 bilion, meningkat 6.7% tahun ke tahun pada Ogos 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Sementara itu, bagi perbandingan bulan ke bulan, nilai jualan meningkat 2%.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan 6.7% tahun ke tahun bagi perdagangan borong dan runcit pada Ogos 2023 disumbangkan oleh subsektor perdagangan borong yang meningkat 6.2% atau RM3.7 bilion kepada RM63.9 bilion.

"Perdagangan runcit juga berkembang 6.3% atau RM3.6 bilion kepada RM60.5 bilion, diikuti oleh kenderaan bermotor dengan peningkatan 9.7% atau RM1.6 bilion untuk berada pada RM18.1 bilion," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, peningkatan 2% atau RM2.8 bilion berbanding bulan sebelum disumbangkan oleh kenderaan bermotor dengan kenaikan sebanyak RM1.2 bilion atau 7.1%.

Dalam tempoh sama, perdagangan runcit mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 1.4% atau RM0.9 bilion, manakala perdagangan borong bertumbuh 1.2% atau RM0.8 bilion berbanding bulan lepas.

Bagi prestasi mengikut subsektor, Mohd Uzir berkata, pertumbuhan 6.2% tahun ke tahun dalam subsektor perdagangan borong disumbangkan oleh lain-lain pengkhususan jualan borong yang meningkat RM1.5 bilion atau 6.2% kepada RM25 bilion.

image is not available

Mengulas lanjut mengenai subsektor perdagangan runcit, kenaikan 6.3% tahun ke tahun pada bulan ini disokong oleh jualan runcit di kedai bukan pengkhususan yang meningkat 9.2% atau RM1.9 bilion kepada RM23 bilion.

Katanya, pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 9.7% bagi subsektor kenderaan bermotor pada Ogos dipacu oleh jualan komponen dan aksesori kenderaan bermotor yang melonjak 20.7% atau RM0.8 bilion untuk merekodkan RM4.7 bilion.

"Ini diikuti oleh jualan kenderaan bermotor (6.2%) dan penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan bermotor (21.6%)," katanya.

Bagi perbandingan bulanan, subsektor ini meningkat 7.1%, didorong oleh jualan kenderaan bermotor (13.2%), jualan komponen dan aksesori kenderaan bermotor (1.6%) dan penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan bermotor (1.8%).

Tambah beliau, indeks jualan runcit melalui internet, indeks ini merekodkan pertumbuhan 1% tahun ke tahun pada Ogos 2023 berbanding 0.4% pada Julai 2023.

Bagi nilai pelarasan musim, indeks ini menokok 3.9% berbanding bulan sebelum. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved