Perdagangan Malaysia-Switzerland cecah RM13.4 bilion

LocalBusiness & Finance
20 Oct 2026 • 3:20 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Perdagangan Malaysia-Switzerland cecah RM13.4 bilion

PETALING JAYA – Perdagangan dua hala Malaysia dan Switzerland mencatatkan nilai RM13.4 bilion pada tahun lalu, meningkat 9.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, hubungan ekonomi kedua-dua negara terus berkembang, sekali gus membuka ruang untuk memperkukuh kerjasama dalam sektor pembuatan termaju, kejuruteraan berketepatan tinggi dan teknologi perubatan.

Beliau berkata, setakat Jun lalu, sebanyak 211 projek pembuatan dengan penyertaan Switzerland telah dilaksanakan di Malaysia, melibatkan pelaburan bernilai RM12.8 bilion dan mewujudkan 19,744 peluang pekerjaan.

“Malaysia mengalu-alukan lebih banyak pelaburan berkualiti dari Switzerland bagi memperkukuh keupayaan industri tempatan dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Johari menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Ekonomi Switzerland, Helene Budliger Artieda, hari ini.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia–EFTA (MEEPA) serta usaha memperkukuh kerjasama pelaburan antara kedua-dua negara.

“Saya menekankan kepentingan pelaksanaan MEEPA bagi meluaskan akses pasaran dan membuka lebih banyak peluang kepada perniagaan kedua-dua negara.

“Saya juga menegaskan komitmen Malaysia terhadap pembangunan industri dan perdagangan yang mampan,” katanya. -KOSMO!ONLINE

The post Perdagangan Malaysia-Switzerland cecah RM13.4 bilion appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved