Perdana Menteri Akan Merasmikan Pembukaan Pejabat NSRC Baharu Pada Bulan Hadapan

LocalPolitics
22 Dec 2025 • 1:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada bulan Oktober 2022, pihak kerajaan telah memperkenalkan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional atau National Scam Response Centre (NSRC) untuk membantu rakyat Malaysia yang telah terkesan akibat insiden penipuan kewangan yang sering berlaku pada waktu tersebut.

Sebelum ini, pejabat NSRC terletak di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur dengan kapasiti mengambil sebanyak 300 ke 400 panggilan telefon sehari dari 8.00am ke 8.00pm setiap hari. NSRC kini telah berpindah pejabat ke Menara 2 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di Cyberjaya, menambah jumlah pekerja sepanjang masa dan kini boleh menerima sebanyak 500 ke 700 panggilan sehari.

image is not available

Dalam satu temubual Bernama bersama Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, beliau mengatakan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan pembukaan pejabat NSRC yang baru ini pada bulan depan, di tarikh yang akan diumumkan kelak.

NSRC dibangunkan dengan kolaborasi pelbagai badan kerajaan, termasuklah SKMM, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, tetapi beroperasi dibawah naungan Kementerian Dalam Negeri dan akan sentiasa dikemaskini untuk memastikan bahawa insiden-insiden berkaitan penipuan kewangan sentiasa boleh dilaporkan dengan cepat dan diselesaikan sepantas mungkin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved