Perdana Menteri Belgium Cedera Dalam Kemalangan Basikal

4 Jun 2023 • 9:47 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Alexander De Croo dimasukkan ke hospital pada Sabtu akibat tidak sedarkan diri selepas terbabit dalam kemalangan basikal, lapor Agensi Anadolu. - Gambar AFP

BRUSSELS - Perdana Menteri Belgium Alexander De Croo dimasukkan ke hospital pada Sabtu akibat tidak sedarkan diri selepas terbabit dalam kemalangan basikal, lapor Agensi Anadolu.

Nahas itu berlaku ketika De Croo,47, menunggang basikal bersama anaknya berhampiran rumahnya di Brussels.

Beliau yang cedera di bahagian kepada telah dibawa ke Hospital Ghent. 

Bagaimanapun, beliau dibenarkan keluar hospital beberapa jam kemudian selepas ujian yang dijalankan oleh doktor mendapati tiada yang serius.

Nahas itu tidak menjejaskan jadualnya untuk minggu akan datang. - Bernama/Anadolu

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved