PM Belgium cedera dalam kemalangan basikal

4 Jun 2023 • 9:58 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BRUSSELS: Perdana Menteri Belgium Alexander De Croo dimasukkan ke hospital pada Sabtu akibat tidak sedarkan diri selepas terbabit dalam kemalangan basikal, lapor Agensi Anadolu.

Nahas itu berlaku ketika De Croo,47, menunggang basikal bersama anaknya berhampiran rumahnya di Brussels.

Beliau yang cedera di bahagian kepada telah dibawa ke Hospital Ghent.

Bagaimanapun, beliau dibenarkan keluar hospital beberapa jam kemudian selepas ujian yang dijalankan oleh doktor mendapati tiada yang serius.

Nahas itu tidak menjejaskan jadualnya untuk minggu akan datang. -Bernama