Perdana Menteri, isteri zahir ucapan Hari Raya Aidiladha kepada Keluarga Malaysia

9 Jul 2022 • 9:30 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua Keluarga Malaysia yang beragama Islam.

Beliau menzahirkan ucapan tersebut menerusi satu hantaran di Facebook dan menzahirkan rasa syukur kerana seluruh muslimin dan muslimat dapat kembali meraikan sepenuhnya perayaan tersebut pada tahun ini selepas dua tahun berdepan dengan pandemik Covid-19.

image is not available

“Selamat menunaikan ibadah korban saya ucapkan kepada umat Islam yang melaksanakan ibadah korban. Kesanggupan berkorban harta kekayaan bagi membantu yang daif adalah diseru dalam Islam.

“Sesungguhnya Hari Raya Aidiladha pada kali ini disambut dengan penuh keinsafan, pengorbanan, kebersamaan dan kesyukuran. Ia adalah simbol ketaatan, ketakwaan dan kehambaan kita kepada Maha Pencipta,” menurut hantaran tersebut.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengingatkan kepada seluruh Keluarga Malaysia berhati-hati ketika memandu untuk pulang ke kampung dan mendoakan agar semua selamat tiba ke destinasi

Beliau juga mengambil kesempatan untuk menitipkan doa kepada kesemua 14,000 jemaah Malaysia yang menjadi tetamu Allah SWT di Tanah Suci Mekah pada tahun ini semoga dikurniakan haji yang mabrur.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved