Sultan Selangor, Tengku Permaisuri ucap selamat menyambut Aidiladha

9 Jul 2022 • 10:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan menzahirkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negeri ini.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda berdua menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana seluruh rakyat masih mampu meraikan Aidiladha dalam suasana yang sederhana dan harmoni.

Baginda berdua mendoakan agar umat Islam yang sedang menyempurnakan ibadah haji di Tanah Suci Makkah sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan dipermudah segala urusan serta selamat pulang ke tanah air.

Baginda berdua turut berharap agar rakyat terus berwaspada dengan wabak Covid-19 yang masih menular dan tabah dengan setiap ujian yang mendatang. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved