“Perempuan Murah!” – Firdaus Ghufran ‘Sound’ Saidah, Minta Jauhkan Diri Dari Adiknya

EntertainmentLifestyle
4 Jun 2025 • 12:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia muntazar Ghufran Tunang

Pelakon Saidah Kamarudin mengundang kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan berani mati mengenai keputusannya putus tunang dengan Muntazar Ghufran.

Menurut Saidah, Muntazar belum layak bergelar suami kerana tidak stabil kewangan. Lebih mengejutkan katanya, Muntazar ada simpanan RM500 je!

Terbaru, abang kepada Muntazar, iaitu Firdaus Ghufran tampil mempertahankan adiknya. Katanya, Saidah sudah melampau dan dia akan mengeluarkan kenyataan tak lama lagi.

“Jauhkan diri dari adik aku, perempuan murah”

image is not available

Firdaus turut melabelkan wanita itu dengan kata-kata yang cukup pedas termasuk memberi amaran supaya menjauhkan diri.

image is not available

Saidah jelas hal sebenar, bekas tunang cuma ada RM500

image is not available

Terdahulu, Saidah tampil mempertahankan diri mendakwa akaun TikToknya telah digodam oleh Muntazar.

Katanya, Muntazar menuduhnya tidak ‘move on‘ selepas putus tunang membuatkan Saidah menceritakan hal sebenar.

Pendedahan itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terkejut dengan kenyataan berani Saidah.

Namun, pelakon Bella Dowanna mendakwa Muntazar tiada duit kerana wangnya banyak dihabiskan untuk Saidah.

Pssttt! Sebaiknya setelkan masalah secara tertutup supaya tiada aib yang terdedah. Dah tak ada jodoh nak buat macam mana kan.

Kredit: Instagram Firdaus Ghufran
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.