“Perghh Lentik Siot” – ‘Upload’ Gambar Baru Di IG, Foto Nabila Razali Dibanjiri Komen L*cah Netizen

15 Dec 2022 • 1:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi, Nabila Razali sering tidak terlepas daripada menjadi bahan kritikan apabila foto terbaharu yang dimuat naik di akaun Instagramnya menjadi perhatian netizen.

Menerusi entri terbaharu Nabila, dapat dilihat pelantun lagu Peluang Kedua sedang menikmati makanan di sebuah kafe.

Walau bagaimanapun, hantaran tersebut dipenuhi dengan komen-komen lucah netizen yang memberi perhatian terhadap gaya ‘pose’ Nabila di dalam foto berkenaan.

“Kalaulah mata aku boleh x-ray…perghhh…bestnya!!!,” ujar seorang wargamaya.

“Perghhh lentik siot Nab…macam naik RX-Z woo!,” kata seorang lagi netizen.

“Saya pun suka,” kata seorang pengguna media sosial.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Terdahulu, Nabila Razali pernah dikritik berkaitan kualiti nyanyiannya yang dianggap sumbang ketika melakukan persembahan secara langsung.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

image is not available 2 minggu lalu

"Dah Memang Takde Bakat" - Nabila Razali Akui 'Terluka' Terima Komen Sinis Netizen, Minta Jadi Pelakon Saja