“Pergi dekat novel pasal cintan cintun” – Berebut Masuk Pesta Buku, Netizen Sangkal Dakwaan Rakyat Malaysia Kuat Membaca

Entertainment
3 Jun 2025 • 3:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 baru sahaja menutup tirai pada Ahad lalu, dan ia dilihat diadakan dengan begitu meriah seperti mana dalam satu video tular baru-baru ini.

Dalam video itu, kelihatan sekumpulan individu berebut masuk apabila pintu di salah satu dewan mula dibuka. Perkara ini sekaligus menyangkal persepsi yang mengatakan orang Malaysia ini malas membaca.

Namun begitu, video tersebut menerima komen yang sebaliknya daripada warganet yang menganggap ia tidak mencerminkan apa yang dianggap oleh orang ramai.

Menurut salah seorang pengguna X, jika diperhatikan dalam video tersebut, kelihatan kebanyakan pengunjung merupakan para wanita yang berebut-rebut untuk masuk. Menurut netizen, kebanyakan darinya hadir ke PBAKL itu hanya untuk mencari novel fiksyen tentang hal-hal percintaan sahaja.

Dalam hantaran yang telah meraih lebih daripada 2,000 jumlah perkongsian dalam masa 20 jam itu, pelbagai netizen meluahkan pendapat masing-masing berkaitan isu itu.

Ada di kalangan warganet juga menegaskan bahawa tiada salah membaca buku fiksyen kerana ia banyak menyelitkan unsur moral, ilmiah dan fakta yang berguna.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Hurm, apapun sekurang-kurangnya ada generasi muda yang masih minat membaca buku. Mungkin apabila dah meningkat matang nanti, minat membaca mereka pasti akan berubah haluan kepada genre yang lebih berat.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.