“Pergunakan Orang Untuk Marketing Sendiri” – Ambil TikTok ‘Famous’ Joget Dalam Lagu Baru, Netizen Selar Aliff Syukri

Music
8 Aug 2022 • 3:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, lagu keluaran usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri yang berjudul Kelepak Kelepuk menerima kecaman hebat daripada netizen dan kini difahamkan, dia sekali lagi ingin mengeluarkan lagu yang sudah pasti akan mendapat perhatian ramai.

Melalui hantaran yang dilakukan oleh Aliff di laman Instagram, dia memaklumkan bahawa lagu single baharu nyanyiannya akan dilancarkan tidak lama lagi.

Jika lihat di ruangan kapsyen, pelakon filem Badang itu meminta orang ramai untuk sama-sama meneka artis yang bakal duet bersamanya di dalam lagu terbabit.

Dalam video yang di muat naik, kelihatan dua wanita bertudung sakan menari mengikut retak lagu dan difahamkan, salah seorangnya adalah TikTok ‘famous’ iaitu Ratu Farah Diva.

image is not available

Apabila meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa kasihan kepada Ratu kerana didakwa seperti Aliff ingin mempergunakannya demi ‘marketing‘ lagu yang bakal dilancarkan itu.

Terdahulu, lagu raya Kelepak Kelepuk nyanyian Aliff Syukri terima kecaman yang hebat daripada warganet kerana ia seolah-olah mengagungkan elemen LGBT.

image is not available 2 minggu lalu

"Mai Dah 'Belang' Dia Balik" - 'Claim' Diri Penyanyi No.1 Malaysia, Netizen Kata Aliff Syukri Tak Serik Ke Kena Kecam