Perhatian Buat Warga Seremban, Negeri Anda Ada Pusat 4S Chery

LocalCars
30 Aug 2024 • 2:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Chery Malaysia kini melebarkan sayapnya ke Negeri Sembilan apabila syarikat itu baru sahaja membuka sebuah pusat pameran 4S lagi di negeri itu, baru-baru ini.

Pusat pameran 4S yang dikendalikan oleh Taycn Kredit Sdn Bhd itu membolehkan warga Negeri Sembilan kini menyaksikan barisan model Chery dengan lebih dekat.

Fasiliti yang berkeluasan 1317 meter persegi itu dilengkapi dengan kaunter khidmat pelanggan, menawarkan penyelenggaraan kereta , ada 4 ruang servis dan semuanya dikendalikan oleh juruteknik bertauliah.

image is not availableimage is not available

Sementara itu, Pengarah Rangkaian Chery Malaysia Soon Boon Ping menyifatkan sejak majlis pra pelancaran yang dibuat pada tahun lepas, Taycn Kredit Sdn Bhd telah menjadi rakan kongsi yang kuat.

image is not available

“Kami cukup berterima kasih kerana mendapat sokongan mereka selama ini,” katanya

Tambah beliau, rangkaian Chery di Seremban memainkan peranan penting dalam menyokong keperluan automotif yang semakin meningkat, selain turut melengkapkan operasi Chery di Nilai.

image is not available

"Jadi, ia mengukuhkan lagi kehadiran Chery di Negeri Sembilan,” katanya.

Buat masa ini, Chery mempunyai dua bilik pameran, dua pusat servis, dan sebuah outlet cat badan kereta yang dilihat dapat menyediakan sokongan perkhidmatan penuh untuk memenuhi keperluan pelanggannya di negeri terbabit.

image is not available

Bagi yang berminat untuk mengunjungi bilik pameran itu, ia terletak di Pekan Rahang Baru, Jalan Tampin, Seremban, Negeri Sembilan.

Ia dibuka pada setiap hari bermula dari pukul 9 pagi – 5.30 petang (Isnin – Jumaat) termasuk 9 pagi hingga 5 petang (Sabtu), 10 pagi -3 petang (Ahad).

Sementara itu, pusat servis pula dibuka bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang (Isnin – Jumaat), 8.30 pagi hingga 4.30 petang (Sabtu) tetapi ditutup pada hari Ahad dan cuti umum.

Untuk keterangan lanjut mengenai model Chery, anda boleh layari laman web: www.chery.my.