“Perhatikan siapa imam tu” – Nabila Muat Naik Video Anak Solat Dengan Suami

Entertainment
15 Aug 2022 • 11:53 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kecoh diperkatakan semenjak dua menjak ini mengenai status rumah tangga kakak kepada pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila dan Engku Emran.

Noor Nabila yang dikatakan telah memadam kesemua gambarnya bersama suami di Instagram dispekulasikan mempunyai masalah rumah tangga dengan Engku Emran sehinggakan ada di kalangan netizen dari Indonesia mendakwa mereka sudah bercerai. Uish…

image is not available

Jebat solat dengan siapa tu?

Walau bagaimanapun, persoalan mengenai status perkahwinan ini akhirnya terjawab apabila semalam, Nabila sendiri telah memuat naik video di TikTok memaparkan suaminya sedang solat bersama anak, Jebat Jayden. Ah sudah!

@noornabila00

Macam2 kejadian ketika solat ya #jebatjayden … ( nota: mommy record untuk kenangan.. kantoi pulak dengan anak) #kidsoftiktok #fyp #fypシ゚viral

♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

Dalam video itu korang boleh lihat gelagat comel Jebat membetulkan kamera yang merakam dirinya sedang solat bersama Engku Emran.

Noor Nabila melalui kapsyen berkata,

Macam-macam kejadian ketika solat ya Jebat Jayden. (Nota: mommy record untuk kenangan… kantoi pulak dengan dengan anak).”

“Diorang masih suami isteri ya gais”

Posting berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen yang mana rata-rata seakan faham bahawa Noor Nabila masih lagi tinggal sebumbung dengan suaminya dan dakwaan cerai itu ternyata tidak benar.

image is not available

Daripada mencari kesalahan, lebih baik kita doakan baik-baik untuk rumah tangga mereka. Semoga terus diberkati.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.