PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

LocalEnvironment
23 Sep 2024 • 8:17 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar BERNAMA

KOTA BHARU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan menyelamatkan seekor tapir yang terjatuh ke dalam longkang di Kampung Padang Bukit, Lubuk Setol, Rantau Panjang semalam.

Pengarahnya Mohamad Hafid Rohani berkata haiwan itu dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Jedok yang terletak kira-kira 30 kilometer dari lokasi kejadian.

Beliau berkata operasi menyelamat mengambil masa lebih kurang dua jam dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung.

"Bertindak atas aduan, anggota dari pejabat Perhilitan Kota Bharu segera ke lokasi untuk tindakan menyelamat sekitar 1 tengah hari tadi (semalam). Tapir berkenaan berada dalam keadaan yang stabil ketika operasi dijalankan dan telah dipindahkan ke habitat yang sesuai.

"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar dan tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh mendatangkan risiko keselamatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Hafid berkata sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan ke Jabatan Perhilitan melalui talian hotline Perhilitan 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved