Perhilitan Selangor pasang perangkap buaya di Serendah

11 Dec 2023 • 11:19 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 11 DIS: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mengesan kehadiran seekor buaya di Tasik Kiambang, Serendah, Hulu Selangor.

Susulan itu, Pengarah Perhilitan negeri Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata pihaknya memasang perangkap menerusi operasi sejak awal bulan ini, lapor Berita Harian.

“Kami menerima aduan awam berhubung kehadiran buaya di tasik ini yang berhampiran dengan kawasan penempatan dan popular untuk pemancing.

“Hasil pemerhatian secara langsung mengesahkan kehadiran buaya itu yang dianggarkan sepanjang lima ke enam kaki (1.5 ke 1.8 meter),” katanya.

Menurut Wan Mohd Adib, pemasangan perangkap bertujuan menjamin keselamatan awam selain bagi memindahkan buaya berkenaan ke habitat lain.

“Orang awam terutamanya pemancing diminta berwaspada semasa melakukan aktiviti. Perhilitan akan terus memantau tasik tersebut sehingga buaya itu ditangkap demi keselamatan awam,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved