Perhimpunan Aman Gempur Rasuah 2.0: Polis siasat sembilan kesalahan

LocalPolitics
24 Jun 2025 • 6:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sherell Jeffrey

Kota Kinabalu: Penganjuran Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah 2.0 tidak memerlukan permit polis tetapi mesti mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.

Perhimpunan itu, yang dianjurkan oleh Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada hujung minggu lalu, mencetuskan beberapa laporan polis selepas penganjur didapati gagal mematuhi syarat yang ditetapkan.

“Kami menerima enam laporan polis berkaitan insiden sepanjang perhimpunan berlangsung.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Setakat ini, tiga kertas siasatan telah dibuka melibatkan sembilan kesalahan, termasuk hasutan, pembakaran bahan di tempat awam, membawa bahan berbahaya seperti bahan api, serta isu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Isnin.

Menurutnya, polis telah memulakan proses memanggil individu yang terlibat untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

Mengulas mengenai kebenaran penganjuran, Jauteh menjelaskan bahawa pihak polis tidak mengeluarkan sebarang kelulusan, sebaliknya hanya memberikan maklum balas terhadap notis pemberitahuan yang dihantar oleh penganjur, selaras dengan peruntukan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau berkata, di bawah akta itu, penganjur mesti memaklumkan polis sekurang-kurangnya 10 hari sebelum mengadakan sebarang perhimpunan, memerikan butir-butir termasuk nama pemohon, laluan yang akan diambil dan tujuan acara itu.

“Undang-undang tidak memerlukan permit atau lesen. Notis hanya bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa, bukan memohon kebenaran. Polis mempunyai lima hari untuk memberikan maklum balas,” katanya.

Dalam kes Gempur Rasuah Sabah 2.0, beliau berkata, pihaknya mengambil inisiatif untuk memberikan maklum balas berhubung notis itu. Tujuannya adalah untuk memaklumkan kepada penganjur untuk mematuhi syarat atau sekatan,” katanya, menambah Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu telah menetapkan 15 syarat yang perlu dipatuhi oleh penganjur.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati syarat-syarat tersebut tidak dipatuhi semasa perhimpunan berlangsung.

Ketika ditanya sama ada akan ada pertuduhan, Jauteh berkata siasatan dijalankan di bawah pelbagai undang-undang, termasuk Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.

Mengulas dakwaan bahawa pelajar terlibat telah mendapat ‘kelulusan khas’ daripada polis, beliau menegaskan:

“Saya rasa mereka tidak menyatakan perkara sebenar. Mereka mengatakan telah mendapat kebenaran luar biasa daripada polis.

“Walaupun peguam bersama mereka, sepatutnya mereka faham bahawa polis hanya memberikan maklum balas beserta syarat-syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman, bukan kelulusan.”

Ditanya mengenai kumpulan lain yang turut berhimpun sebagai perhimpunan balas, Jauteh berkata siasatan juga sedang dijalankan ke atas kumpulan tersebut.

“Kita tidak mengatakan mereka melanggar undang-undang, tetapi laporan polis telah diterima dan siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Menurut Jauteh, pelajar sepatutnya memilih kaedah lain untuk menyuarakan pandangan mereka.

“Jika mahu meluahkan bantahan, mereka boleh menghantar surat dan bertemu pihak berkaitan dalam kumpulan kecil serta menjemput wartawan bagi menyampaikan mesej mereka,” katanya.

Perhimpunan itu diadakan sempena sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Beliau menegaskan bahawa di bawah Seksyen 4 Akta Perhimpunan Aman 2012, mana-mana rakyat Malaysia berumur lebih 15 tahun berhak menyertai perhimpunan aman.

“Perlu dijelaskan kepada orang ramai bahawa tiada kelulusan atau permit yang diperlukan dalam perkara ini. Tidak ada istilah kelulusan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa akta berkenaan telah memansuhkan keperluan permit yang sebelum ini diwajibkan di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967. Kini, pemberitahuan kepada polis hanya bertujuan memaklumkan, bukannya mendapatkan kebenaran.

Polis tidak mempunyai kuasa untuk menolak atau melarang notis pemberitahuan perhimpunan, sebaliknya hanya boleh mengenakan sekatan munasabah dari segi masa, lokasi dan kaedah pelaksanaan bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Kegagalan memaklumkan perhimpunan kepada polis boleh dikenakan denda sehingga RM10,000, tetapi tidak menjadikan perhimpunan itu haram atau tidak sah.

Akta ini memberi penekanan bahawa perhimpunan aman tidak boleh dianggap menyalahi undang-undang semata-mata kerana ketiadaan permit atau notis, selaras dengan perubahan perundangan yang melindungi hak rakyat untuk berhimpun secara aman.