
INANAM: Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah Inanam akan mengadakan perhimpunan perdana bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan yang juga presiden parti selepas penamaan calon 5 November.
Setiausaha Agung Star Datuk Edward Linggu berkata, pihaknya bersetuju dengan makluman Penasihat Star Inanam, Datuk Francis Goh untuk mengadakan program tersebut menyokong calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Sepanggar.
“Parti Star harus melipat gandakan usaha melonjak kekuatan parti bermula PRU15 agar tampil signifikan mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam pada Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) akan datang,” katanya.
Linggu yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli menyatakan demikian ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya Umum Parlimen Ke-15 (PRU15) Star Inanam baru-baru ini.
Terdahulu, Ketua Bahagian Star Inanam Frankie Chung mengadakan mesyuarat bersama ahli-ahli jawatankuasa bahagian itu untuk memperkemas pentadbiran bahagian, mempersiap jentera PRU15 dan melulus pelantikan Francis sebagai Penasihat Star Bahagian Inanam.
Turut hadir ketika pelancaran jentera itu ialah Pemangku Timbalan Presiden Star Datuk Kapitan Stephen Teo dan Naib Presiden merangkap Pengarah Strategi Star Dr Paul Porodong.
Dalam ucapan penerimaan pelantikan penasihat, Francis mengajak para pemimpin bahagian parti itu untuk menyatukan kekuatan berkhidmat kepada rakyat agar Star relevan bertanding kawasan berkenaan pada PRN akan datang.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
