Perhimpunan Turun Anwar: 16 Jalan Sekitar Kuala Lumpur Dijangka Alami Lencongan

LocalPolitics
25 Jul 2025 • 5:04 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sebanyak 16 jalan utama di sekitar pusat bandar dijangka mengalami lencongan laluan esok susulan penganjuran Perhimpunan Turun Anwar bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya.

Penutupan dan lencongan jalan dilakukan ikut situasi

Menurut laporan Harian Metro, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, perhimpunan tersebut akan berlangsung di lima lokasi tumpuan iaitu Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru dan Kompleks SOGO sebelum peserta bergerak ke Dataran Merdeka.

Menurutnya, penutupan atau lencongan jalan akan dilakukan bergantung kepada keperluan dan situasi semasa di lokasi.

image is not available

Foto: Harian Metro

“Antara laluan yang dijangka terlibat ialah Jalan Maharajalela, susur ke Jalan Syed Putra, Jalan Kinabalu (U-turn Public Bank dan susur ke Terowong Bukit Aman), Bulatan Sultan Mohamad dan Bulatan Dato’ Onn.

“Turut terlibat, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Kuching (susur ke Jalan Sultan Ismail), Jalan Kinabalu dari arah Bulatan Segambut ke Bulatan Dato’ Onn, dan dari arah Masjid Negara ke Bulatan Dato’ Onn.

“Laluan lain yang dijangka terkesan termasuk Jalan Lebuh Pasar Besar, Jalan Hang Kasturi, Jalan Hishamuddin, Jalan Raja, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak serta Jalan Lebuh Ampang,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan digalakkan menggunakan pengangkutan awam untuk mengelak kesesakan.

image is not available

Foto: thesun

“Pengguna jalan raya juga diminta memberi kerjasama dengan mematuhi arahan anggota polis trafik yang bertugas di lokasi bagi menjamin kelancaran dan keselamatan semua pihak,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa sebarang pertanyaan boleh disalurkan menerusi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999, Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-2071 9999, atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69.

Sumber: Harian Metro (Noor Hidayah Tanzizi)