
Demam Pilihan Raya Negeri (PRN) di 6 buah negeri semakin terasa. Menjelang hari penamaan calon dan hari membuang undi pada 12 Ogos ini, parti-parti politik mula mengorak langkah dengan mengumumkan calon-calon mereka untuk diletakkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Terkini, Perikatan Nasional (PN) mengumumkan dua bekas ketua pasukan bola sepak Kedah sebagai calon taruhan mereka di negeri Kedah. Perkara itu telah dibayangkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor walaupun tidak mendedahkan nama kedua-dua pemain itu.

Namun, nama yang mungkin diumumkan itu berkemungkinan besar adalah Muhammad Radhi Mat Din dan Baddrol Bakhtiar.
Memetik laporan Sinar Harian, Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PN, memaklumkan, selain dua pemain bola sepak popular tersebut, PN Kedah juga akan mempertaruhkan dua ahli akademik bertaraf profesor sebagai calon gabungan itu, sementara sebahagian besar terdiri daripada golongan agamawan dan ulama.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program ceramah ‘Taujihat Pimpinan: Munajat perdana mohon keamanan dan menentang kezaliman’ di Dewan Al-Hana, Sik pada malam Khamis.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

