Periksa telefon anda sekarang, Maxis tawar staycation percuma untuk pembeli iPhone 15

6 Nov 2023 • 5:43 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sekiranya anda telah membeli iPhone 15 bersama-sama pelan pascabayar Maxis tertentu, anda mungkin adalah salah seorang pemenang kempen "Maxis iPhone 15 Exclusive Experience Giveaway" yang sedang Maxis adakan sehingga 30 November 2023 ini. Maxis akan berikan percutian staycation di Hotel Stripes Kuala Lumpur dan makan malam di restoren berbintang Michelin Dewakan bernilai ribuan ringgit.

image is not available

Cara nak sertai Maxis iPhone 15 Exclusive Experience Giveaway

Penyertaan adalah automatik sekiranya anda dapatkan iPhone 15 bersama-sama pelan berkontrak Maxis Postpaid 139 / 169/ 199 ataupun Maxis Zerolution bersama-sama Maxis Postpaid 109 / 139 / 169 / 199.

image is not available

Anda cuma perlu tunggu Maxis hubungi anda sekiranya anda pemenang bertuah.

Bagaimana Maxis pilih pemenang?

Seramai 40 pemenang akan dipilih semuanya. Setiap minggu, akan ada 8 akan dihubungi secara rambang sehinggalah 31 November 2023. Berikut adalah butirannya:

  • Minggu 1: 30 Oktober 5 November 2023
  • Minggu 2: 6 November 12 November 2023
  • Minggu 3: 13 November 19 November 2023
  • Minggu 4: 20 November 26 November 2023
  • Minggu 5 : 27 November 30 November 2023

Sebagai pemenang, mereka kemudiannya boleh memilih tarikh staycation yang diingini berdasarkan senarai yang disediakan.

Apa yang menarik dengan Restoren Dewakan?

Dewakan adalah sebuah restoren premium yang menerima bintang Michelin.

image is not available

Mereka menwarkan pengalaman makan yang menghubungkan anda secara intim dengan asal usul bahan yang digunakan dalam setiap hidangan.

image is not available

Sebahagian besar bahan yang mereka gunakan disumberkan secara tempatan. Malahan, chefnya pergi sendiri ke kawasan pedalaman untuk mempelajari tentang bahan-bahan tersebut. Pasti ada antaranya anda sendiri pun tak pernah dengar.

image is not available

Sesi makanan berhidang di Dewakan mengambil masa 150 minit dan ia termasuk dengan interaksi tetamu dengan chef berkisarkan makanan yang terhidang.

image is not available

Dewakan Tasting Menu ditawarkan pada harga RM788.80/seorang dan ia dipadankan dengan minuman tanpa alkohol bernilai RM242/seorang.

image is not available

Daripada harga menunya sahaja sudah cukup untuk memberitahu betapa ekslusifnya pengalaman yang Maxis tawarkan.

Jadi, pemilik iPhone 15 daripada Maxis, anda boleh kerap periksa telefon untuk sebarang panggilan daripada telco anda!

Anda boleh layari laman rasmi kempen untuk maklumat lanjut.