Peringatan kepada peniaga ingin guna perpaipan gas

LocalBusiness & Finance
13 Jun 2025 • 11:16 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

KENINGAU: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) Datuk Ir Abdul Nasser Abdul Wahid berkata pematuhan perundangan, seperti mendapatkan Kelulusan Untuk Memasang (ATI) dan Kelulusan Untuk Mengendali (ATO), adalah langkah penting bagi menjamin keselamatan, bukan saja kepada pemilik dan pekerja tetapi orang awam yang menggunakan perkhidmatan dobi mereka.

Beliau menegaskan bahawa pengusaha yang gagal mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan undang-undang, termasuk denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun.

Beliau berkata demikian apabila merasmikan Seminar Keperluan Perlesenan Gas dan Keselamatan Pepasangan Sistem Perpaipan Gas, di sini, baru-baru ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Seminar ini memberi tumpuan untuk meningkatkan kesedaran pengusaha berkenaan aspek-aspek keselamatan pepasangan sistem gas berpaip serta pematuhan kepada perundangan dan piawaian ditetapkan.

Turut hadir, wakil-wakil daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) serta Majlis Daerah Keningau, yang memberikan taklimat dalam seminar itu.

Seminar itu juga menekankan kepentingan melantik Orang Bertanggungjawab (OB) yang kompeten bagi memastikan keselamatan jangka panjang premis perniagaan.

Katanya, seminar anjuran ECoS ini akan terus dipergiatkan sebagai sebahagian daripada komitmen untuk meningkatkan tahap keselamatan dan pencegahan daripada sebarang insiden berpunca daripada kebocoran gas, selain memperkukuh pematuhan undang-undang.