Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, hantaran tentang tatacara dan panduan pemakaian bagi Anugerah Juara Lagu (AJL) edisi ke-40 telah mendapat perhatian ramai netizen.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, TV3 Malaysia berkata tema busana bersempena AJL pada malam 15 Ogos ini adalah Black Tie – Stardust Gala.
Dalam hantaran sama, pihaknya juga telah memberi beberapa idea dan inspirasi busana yang boleh digayakan oleh penonton wanita serta lelaki pada malam itu di Unifi Arena (Axiata Arena), Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sut berkilau berserta kasut kulit bagi para jejaka manakala aksesori ‘blink-blink’ dan gaun berkilauan buat kaum Hawa.

Penonton Wajib Patuhi Kod Pakaian, Penampilan Ikut Jantina – TV3 Malaysia
Di hujung perkongsian, TV3 turut memberi peringatan kepada semua pengunjung yang bakal hadir supaya mematuhi kod pemakaian yang ditetapkan selain tampil dengan gaya dan busana mengikut jantina masing-masing.
“Peringatan mesra! Penonton wajib mematuhi kod pakaian dan penampilan mengikut jantina masing-masing.”
View this post on Instagram
Influencer Lelaki Berpakaian Wanita Dikecam Ketika Hadiri AJL Ke-39
Meskipun tiada penjelasan lanjut mengenai kenyataan itu, namun ramai percaya ia dikeluarkan sebagai peringatan bagi mengelakkan kes tahun lalu berulang sekali lagi.
Perkongsian tentang kod pemakaian ini telah mendapat tumpuan ramai selepas dimuat naik semula di laman Threads.
View on Threads
Pada 16 Februari 2025, sekumpulan influencer lelaki telah mendapat kecaman selepas mengenakan pakaian wanita semasa berada di karpet merah acara Anugerah Juara Lagu ke 39 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Selangor.
Seorang ahli akademik, Profesor Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi turut memberi peringatan kepada kaum Adam agar tidak terpengaruh dengan budaya pemakaian yang bertentangan dengan fitrah dan norma masyarakat.
Baca Artikel Berkaitan: Jangan Normalisasi & Sokong Lelaki Berpakaian Wanita – Dr Ahmad Sanusi
Bagaimanapun, TV3 telah tampil memohon maaf dan meluahkan rasa kesal berhubung isu melibatkan tetamu lelaki yang memakai busana wanita.
Pihaknya juga berkata mereka akan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan kejadian seumpama tidak berulang pada masa akan datang.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Berpakaian Seperti Wanita, TV3 Mohon Maaf Akui Kesal
‘Halau Je Penonton Yang Tak Ikut Etika Kod Pemakaian’ – Pengguna Threads
Segelintir berpendapat bahawa pihak pengurusan perlu menghalau mana-mana penonton yang gagal mematuhi peraturan pemakaian ditetapkan.
“Mana yang pakai macam perempuan tu, elok larang masuk terus. Biar dia meroyan dekat luar,” kata seorang pengguna Threads.
“Okay kali ni kita sokong AJL. Mana-mana artis atau influencer yang tak patuh kod etika pemakaian, kita cancel (tak sokong) je,” tambah seorang lagi individu.
Netizen Kecewa Pemakaian Setiap Jantina Perlu Diingatkan
Malah ada juga yang tidak sangka perkara sebegini perlu diingatkan walhal secara lumrahnya, individu memang tidak boleh berpakaian seperti jantina lain.
“Punya banyak transgender sampai terpaksa ajar balik baju fitrah masing-masing. Aduhai Malaysiaku,” ujar seorang netizen.
“Memalukan betul. Dulu tak ada peringatan macam ni. Zaman sekarang ni Nauzubillahiminzalik, kena bagi amaran siap-siap supaya tak ada pemakaian bersilang,” tambah seorang lagi warganet.
Berikut antara komen-komen netizen:








Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Biasakan” – Ramai Tak Setuju Lelaki Berpakaian Wanita Ini Masuk Tandas Perempuan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Normalize!” – MUA Tegur Lelaki Pakai Baju Kebaya Ketika Hari Raya
Baca Artikel Berkaitan: “Ramai Yang Mula Pakai Gincu, Blusher” – UAI Perjelas Hukum Lelaki Pakai Makeup [Video]
