Perisian Kemaskini Untuk Komputer Riba Intel Lunar Lake Meningkatkan Prestasi Pemprosesan Grafik

TechnologyDigital
2 May 2025 • 10:37 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Intel baru-baru ini telah memperkenalkan perisian kemaskini baru untuk komputer riba yang menggunakan cip pemprosesan Intel Core Ultra 200V “Lunar Lake”, iaitu Intel graphics driver 32.0.101.6734 yang dilihat membantu mempercekapkan penggunaan kuasa oleh komponen iGPU Intel Arc 140V.

image is not available

Secara ringkasnya, kemaskini ini meningkatkan prestasi cip grafik tersebut walaupun apabila dalam mode penggunaan kuasa terendah, 17W. Menurut Intel, mereka telah menguji kemaskini ini pada konsol permainan mudah-alih MSI Claw 8 AI yang dikuasakan cip pemprosesan Intel Lunar Lake dengan 9 tajuk permainan seperti Black Myth: Wukong, God of War: Ragnarok, Cyberpunk 2077, Dota 2, Counter-Strike dan sebagainya.

image is not available

Kemaskini tersebut memperlihatkan peningkatan kadar bingkai setinggi 10 peratus secara purata didalam permainan-permainan ini.

Buat masa ini, kemaskini ini dilihat boleh dimuat-turun pada konsol MSI Claw 8 AI, dan akan tiba untuk semua komputer-komputer riba yang dikuasakan cip pemprosesan Intel Core Ultra 200V dengan cip grafik Intel Arc 140V dan Arc 130V, bergantung kepada pengesahan oleh jenama pembuat komputer riba.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved