Perisian Nearby Share Kini Keluar Dari Fasa Beta, Akan Dipasang Secara Lalai Di Masa Hadapan

TechnologyDigital
20 Jul 2023 • 1:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perisian Nearby Share merupakan sebuah kolaborasi diantara Google dan Microsoft untuk membolehkan peranti Android dan komputer riba Windows untuk berkongsi fail diantara satu sama lain, seperti apa yang boleh dilakukan diantara peranti dan komputer riba Apple melalui Airdrop.

Nearby Share diperkenalkan pada awal tahun ini, dan kini akhirnya sudahpun keluar daripada fasa tersebut, dan kini boleh dimuat-turun dan digunakan oleh orang ramai.

image is not available

Perisian ini boleh dimuat-turun melalui laman web Nearby Share App dan menyokong komputer riba dengan sistem operasi Windows 10 64bit keatas sahaja. Untuk menggunakan perisian ini, anda perlu melog masuk kedalam akaun Google yang sama pada peranti Android dan komputer riba ini, dan sambungan WiFi dan Bluetooth diperlukan untuk menggunakan perisian ini.

Dalam pada itu, Google turut mengesahkan bahawa di masa hadapan, perisian Nearby Share ini akan dipasang secara lalai pada komputer-komputer riba tertentu seperti HP dan sebagainya.