Penyeludup Ditangkap Cuba Membawa Masuk 420 Keping Storan SSD M.2 Ke Dalam China

TechnologyDigital
7 Jul 2023 • 4:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kes penyeludupan komponen komputer kedalam negara China bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum ini ia telah dilaporkan bahawa komponen-komponen seperti cip pemprosesan dan peranti pintar telah cuba untuk diseludup kedalam negara tersebut.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa seorang penyeludup telah mencuba untuk membawa masuk sejumlah besar storan SSD M.2 secara haram dengan melekatkan 420 keping storan tersebut disekeliling badannya, tetapi percubaan tersebut telah digagalkan oleh anggota kastam China.

image is not available

HKEPC melaporkan bahawa individu tersebut cuba untuk menyeludup storan SSD M.2 ini, yang dianggarkan bernilai sekitar $32,984 (RM154 ribu) dari Macau ke Zhuhai melalui Pelabuhan Gongbei, yang juga dikatakan ialah salah satu laluan yang sering digunakan untuk tujuan menyeludup masuk produk-produk tertentu.

Sindiket penyeludupan komponen dan kelengkapan elektronik merupakan industri yang besar di China khususnya kerana ia kini agak sukar untuk mendapatkan komponen-komponen yang baru di negara tersebut. Ia dijangka bahawa perkara ini akan berterusan, dan kita akan terus melihat cara-cara kreatif orang ramai akan cuba untuk menyeludup produk-produk ke dalam negara tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved