Perjalanan kini lebih lancar

25 Jun 2022 • 3:22 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pengguna jalan raya dari Kolombong dan Luyang yang ingin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Penampang dan Kepayan dan sebaliknya tidak perlu lagi melalui lampu isyarat di Plaza Lintas, Dataran Lintas dan Plaza Warisan berikutan pembukaan jejambat pusingan U Lintas, bermula Jumaat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Lebuh Raya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Ir. Mohammad Safri Abdul Habi memberitahu Harian Ekspres bahawa lampu isyarat di Dataran Lintas, Plaza Lintas dan Plaza Warisan telah dialihkan bagi memberi laluan kepada pembukaan pusingan U jejambat Lintas pada 24 Jun yang akan melancarkan aliran trafik.

Beliau berkata, pemandu dari Kepayan atau KKIA dan Kolombong atau Luyang kini boleh memandu terus ke destinasi dengan lebih cepat apabila melalui jalan Lintas.

Bagaimanapun, beliau berkata pemandu yang datang dari Kolombong dan Luyang perlu menggunakan pusingan U jejambat Lintas jika ingin ke Plaza Warisan, Dataran Lintas dan Plaza Lintas.

Selain itu, Mohammad Safri berkata pengguna jalan raya perlu berhati-hati apabila sampai ke jalan berhampiran Plaza Warisan kerana terdapat lencongan jalan sama ada untuk ke kiri bagi mereka yang menghala ke Lido dan KKIA, dan ke kanan menghala ke Luyang dan Inanam.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.