Perjalanan percuma sebulan di LRT3

LocalTravel
28 Jun 2026 • 12:58 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Perjalanan percuma sebulan di LRT3

KLANG – Pengguna pengangkutan awam di laluan baharu Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) akan menikmati tambang dan bas perantara percuma, selama sebulan bermula esok.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu ketika melancarkan perkhidmatan tersebut hari ini di Depoh Johan Setia, di sini.

Orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan itu secara percuma dari 29 Jun hingga 31 Julai.

Image from: Perjalanan percuma sebulan di LRT3
Parkir yang disediakan di kawasan stesen LRT3. - Gambar PMO, 28 Jun, 2026

Perkhidmatan itu akan menghubungkan 20 stesen dari Bandar Utama di Petaling Jaya hingga ke Johan Setia, Klang.

Perjalanan dari hujung ke hujung antara Bandar Utama dan Johan Setia akan dikenakan tambang RM4.90 bagi pengguna tunai.

Bagaimanapun, bagi pengguna yang membuat pembayaran tanpa tunai, tambangnya lebih rendah iaitu RM4.30 untuk perjalanan yang sama. - 28 Jun 2026

The post Perjalanan percuma sebulan di LRT3 appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved