
Kota Kinabalu: Ketua Menteri merangkap Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor, menggesa jentera penerangan parti mempergiat usaha menjelaskan perjuangan serta pencapaian Kerajaan Negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada rakyat.
“Hari ini kita mulakan sesi dengan bertemu ketua-ketua penerangan parti dari setiap bahagian di semua peringkat,” katanya ketika merasmikan program “Gasak 17:
This Is the Time” anjuran Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Jumaat, sempena hari pertama Perhimpunan Agung tahunan parti itu yang berlangsung selama tiga hari.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Kita minta semua jentera parti digerakkan sepenuhnya. Jelaskan kepada rakyat misi parti dan apa yang disampaikan oleh Kerajaan Negeri pimpinan GRS setakat ini.
“Perkara ini mesti disampaikan dengan jelas kepada umum,” tegas Hajiji, yang juga Pengerusi GRS, selepas seminar tertutup itu
Hajiji turut menekankan peranan penting sayap Wanita, Pemuda dan Beliawanis dalam memastikan mesej dan maklumat parti sampai kepada semua lapisan masyarakat di seluruh Sabah.
Menurut beliau, kerjasama erat antara jentera akar umbi dengan pimpinan tertinggi parti amat penting untuk terus mengukuhkan sokongan rakyat terhadap Gagasan Rakyat dan gabungan pemerintah Negeri.
Seminar tersebut disertai 400 ketua penerangan dan ahli jawatankuasa dari 74 bahagian Gagasan Rakyat seluruh negeri. Ia bertujuan menyeragamkan strategi komunikasi parti dan memperkasakan jentera penerangan dalam menghadapi cabaran politik semasa menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang.
Hajiji yakin dengan kekuatan jentera penerangan yang tersusun dan komited, Gagasan Rakyat akan terus mengukuhkan kedudukannya di Sabah serta memberi khidmat terbaik kepada rakyat.



