Perjuangan Azeem berakhir

3 Aug 2024 • 6:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Azeem Fahmi ketika beraksi dalam acara 100 Meter Lelaki pusingan pertama pada Sukan Olimpik Paris 2024, di Arena Stade De France. Foto Bernama

IMPIAN untuk melihat pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi melangkah jauh dalam temasya Olimpik kali ini tidak kesampaian apabila terkandas di saringan kedua, pusingan pertama acara 100 meter (m) pada Sabtu.

Azeem mengakhiri saingan tersebut di kedudukan terakhir dengan catatan masa 10.45 saat (s) dalam aksi yang berlangsung di Stade de France.

Kegagalan untuk bermula dengan baik pada permulaan larian menjejaskan persembahannya sekali gus terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada acara tersebut.

Saringan tersebut dimenangi pelari Kenya, Ferdinand Omanyala yang mencatat 10.08s diikuti atlet Itali, Chituru Ali di tempat kedua (10.12s) dan Pelari Jerman, Joshua Hartmann (10.16s) dengan hanya tiga pelari teratas layak ke pusingan seterusnya.

Sebelum itu, pelari berusia 20 tahun layak ke pusingan pertama selepas berada di kedudukan kedua dengan catatan 10.42s.

Pelari kelahiran Teluk Intan tersebut beraksi dalam acara riben biru di Paris 2024 atas tiket wild card oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved