Perjuangan Malaysia di Birmingham berakhir

FootballSports
14 Mar 2025 • 6:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pearly (kanan) dan Thinaah tumpas di tangan pasangan dari Jepun dalam aksi suku akhir Seluruh England. Foto Agensi.

image is not available
Perjuangan Soon Huat (kanan) dan Shevon tersekat di suku akhir Seluruh England selepas kalah kepada gandingan dari China. Foto Agensi.

IMPIAN dua beregu negara untuk melangkah ke separuh akhir kejohanan badminton Seluruh England 2025 di Birmingham tidak kesampaian.

Ia setelah beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan pasangan wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah tumpas kepada lawan masing-masing dalam saingan suku akhir sebentar tadi.

Dalam aksi di Utilita Arena itu, Soon Huat-Shevon yang diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan kalah kepada Jiang Zhen Bang-Huang Dong Ping dalam tiga set permainan.

Pasangan suami isteri itu bermula positif apabila menang set pertama 21-18.

**media[3045600]**

Gandingan China itu bagaimanapun bangkit pada permainan kedua 21-8, sebelum mengesahkan kemenangan 21-10 dalam tempoh 45 minit perlawanan.

Dalam pada itu, pujian wajar diberikan kepada Thinaah-Pearly biarpun tewas straight set di tangan Nami Matsuyama-Chiharu Shida.

Pearly yang belum cergas sepenuhnya akibat kecederaan kaki tetap mempamerkan semangat juang tinggi.

Namun pergerakannya yang terbatas akibat beraksi dengan 'sebelah kaki' terpaksa akur kalah 17-21, 19-21 kepada pasangan dari Jepun itu yang merupakan naib juara edisi lalu dalam masa 41 minit.