Perjuangan Pas bukan warisan keluarga, keturunan - Ahmad Fathan

Politics
30 Jul 2023 • 3:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Fathan

KOTA BHARU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood menyifatkan perjuangan Pas bukan warisan keluarga atau keturunan sesiapa.

Menurut beliau, dalam Pas legasinya adalah perjuangan.

"Sesiapa yang mahu berada dalam perjuangan ini (Pas) nak jadikan legasi adalah legasi perjuangan bukan legasi keturunan siapa.

"Terbaharu viral satu video, khasnya untuk DUN Panchor. Jadi jentera DUN Panchor bila orang ‘bakar’ kita kena bersemangat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pengenalan calon-calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Pengkalan Chepa di sini pada malam Sabtu.

Difahamkan, ucapan penuh semangat itu ditujukan kepada kenyataan tular dikeluarkan Nik Din Nik Mat, adik kepada bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebelum itu, tular satu rakaman video Nik Din yang meluahkan rasa hairan apabila anak saudaranya, Nik Mohamad Abduh tidak dicalonkan di kerusi DUN Chempaka.

Nik Din mendakwa perkara itu berlaku berpunca daripada Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah yang juga penyandang DUN Panchor yang tidak mahu keluarga Nik Aziz bertapak di kawasan Pengkalan Chepa.

Sementara itu, Ahmad Fathan berkata, beliau mahu semua pihak berjuang untuk parti, bukan untuk kepentingan peribadi, kepentingan keluarga tertentu.

"Parti kita adalah parti untuk semua pendukung Islam dan perjuangan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!