Perjuangan pelajar basmi pembaziran di bazar Ramadan

LocalFood
24 Mar 2025 • 10:18 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Bulan Ramadan bukan sekadar memenuhi keperluan ibadah umat Islam tetapi juga masa untuk merenung nilai keberkatan dan kesederhanaan dalam kehidupan seharian.

Bagaimanapun, sering kali dihebahkan mengenai isu pembaziran makanan di bazar Ramadan apabila sisa makanan dibuang begitu sahaja.

Anehnya, di sebalik kemeriahan juadah berbuka puasa, masih ramai yang lalai akan nilai syukur serta kurang cermat dalam berbelanja.

My Save Food @ Bazaar Ramadan merupakan antara inisiatif sukarelawan yang menjadi perhatian dalam usaha mengutip sisa makanan untuk disalurkan kepada golongan gelandangan dan diletakkan di masjid berhampiran.

Ini kerana sikap boros sesetengah pihak akhirnya membawa kepada lambakan makanan yang berakhir di tong sampah.

Kali ini, Sinar Bestari bersama sukarelawan yang juga pelajar universiti dan politeknik berkongsi mengenai program menyelamatkan makanan di bazar Ramadan.

Jom, kita ketahui lebih lanjut!