Perkahwinan bukan untuk ditayang di media sosial – Suami Fatin Afeefa

EntertainmentLifestyle
6 Aug 2025 • 10:24 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Opai sekali lagi menuai perhatian warganet apabila meninggalkan pesananan istimewa buat isterinya, pelakon Fatin Afeefa.

Titip pesanan istimewa buat isteri

image is not available

Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang berkongsi sekeping gambar mesra bersama isterinya beserta kapsyen romantik yang menyifatkan isterinya merupakan sumber kekuatan untuk terus berjaya hingga ke hari ini.

Instagram will load in the frontend.

“Dia (Fatin) adalah sebab kenapa saya terus melangkah.

“Tiada kekecohan, tiada drama tetapi cuma ketenangan. Dia sering memaafkan tanpa menunjuk malah setia menyokong tanpa perlu memberi sorakan. Dia juga berdoa tetapi tanpa dilihat orang lain,” kata Aliff di Instagram, semalam.

Bukan itu sahaja, Opai memberitahu perihal rumah tangga adalah perkara peribadi dan tidak perlu dikongsikan di media sosial untuk diketahui ramai.

image is not available

“Perkahwinan kami bukan untuk dipertontonkan kepada umum tetapi ia merupakan petempuran bagaimana kami menangkan bersama.

“Saya tidak perlu memuat naik berkenaan dia untuk buktikan apa-apa. Saya hanya cintakan dia malah lebih daripada sebelumnya,” jelasnya.

Meninjau ke ruangan komen, warganet bersetuju dengan apa yang dikongsikan oleh Opai dan mendoakan agar hubungan rumah tangga yang dibina berkekalan hingga ke Jannah.

Malah ada juga wargamaya yang terharu membaca luahan usahawan itu dan mendoakan agar dirinya mampu menjadi ketua keluarga yang baik dalam mendidik anak dan isterinya.

Sama-sama perbaiki diri image is not available

Bahagia hingga jannah

image is not available

Moga jadi nakhoda yang baik

image is not available

Untuk rekod, Aliff dan Fatin mendirikan rumah tangga pada Disember 2022. Menerusi perkahwinan sebelum ini, Fatin sudah mempunyai dua orang anak, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.

Sumber: Instagram Aliff Awang