Perkahwinan Tak Dapat Diselamatkan Lagi, Mahkamah Minta PS & Sol Selesaikan Pengesahan Talak Luar Mahkamah

26 May 2023 • 11:32 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Lapor mStar, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mendapati bahawa perkahwinan antara pengarah Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana tidak dapat diselamatkan lagi.

Hakim Syarie, Kamaludin Ilyas tampil membuat kesimpulan tersebut selepas pegawai Jawatankuasa Pendamai (JKP) pasangan itu memberitahu dapatan pertemuan sebelum ini.

Difahamkan, mahkamah telah memerintahkan agar kedua-dua pihak menyelesaikan isu lafaz talak sebanyak dua kali yang didakwa dilakukan Syamsul di luar mahkamah.

Mahkamah memaklumkan dapatan pegawai JKP wakil masing-masing, perkahwinan ini tidak boleh diselamatkan.

Sebelum diteruskan dengan prosedur seterusnya, ada satu lagi aduan tentang lafaz talak sebanyak dua kali yang dibuat sebelum ini.

Peguam mewakili Puteri Sarah turut memaklumkan bahawa jika benar dua talak sudah dijatuhkan sebelum ini, perceraian kali ini adalah yang ketiga.

Manakala peguam Azmi yang mewakili Syamsul mendakwa anak guamnya itu tidak mengetahui mengenai dakwaan lafaz talak berkenaan seperti yang dinyatakan dalam proses JKP.

Azmi berkata pihak mereka memandang serius terhadap dakwaan itu dan meminta Puteri Sarah untuk memfailkan permohonan berkenaan pengesahan lafaz cerai itu.

image is not available 23 jam lalu

"Saya Tak Putar Belit.." - Shila Amzah Nafi Putus Cinta Dengan Ubai, Anggap Netizen Ramai Tak Sensitif