(VIDEO) Enggan Beri Komen, Kelibat Suami Miera Leyana Di Mahkamah Jadi Tumpuan Netizen

3 May 2023 • 12:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hari ini, suami kepada Miera Leyana, Rosland Othman bersama isteri pertama, Adibah Mutalib telah hadir ke mahkamah bagi tujuan sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Rosland dilihat hadir bersama peguam memakai baju kemeja berwarna biru gelap dan pelitup muka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Ahli perniagaan itu dilihat enggan memberikan sebarang komen mengenai prosedur JKP yang dilaluinya pada hari ini dan terus menaiki lif untuk pulang.

Wartawan dilihat berasak-asak mengambil foto dan menanyakan mengenai sama ada dia ingin mempertahankan rumah tangga bersama isteri pertamanya ataupun tetap ingin bercerai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen merasakan Rosland sudah tiada hati dan enggan lagi meneruskan perkahwinannya bersama madu Miera Leyana itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Difahamkan, Adibah tidak mengetahui bahawa Roslan telah pun memfailkan perceraian dan berasa sedih kerana perkahwinan mereka mengalami masalah kerana telah dibina sejak 28 tahun yang lalu.

Anak ke-4 mereka kini turut dijaga oleh Rosland setelah dia diambil di luar pengetahuan Adibah sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved