Perkampungan Rumah SMJ pertama di Petagas

9 Feb 2025 • 1:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

Kota Kinabalu: Kawasan Petagas bakal memiliki sebuah perkampungan Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam masa terdekat, sekali gus menjadikannya yang pertama di Sabah.

Adunnya, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari berkata, perkampungan seluas dua hektar yang kini dalam proses pewartaan itu terletak di satu lokasi di Kampung Lokkawi Baru, di sini.

Advertisement“Rizab-rizab kampung di kawasan ini boleh dikatakan penuh, maka saya mengambil inisiatif memohon tanah seluas dua hektar ini untuk bantu rakyat susah yang layak dapat Rumah SMJ ini, namun tidak mempunyai tapak atau tanah sendiri.

“Permohonan untuk tanah perkampungan Rumah SMJ ini sudah diluluskan dan dijangka akan dibuka tahun ini juga selepas semua proses berkaitan, khususnya pewartaan selesai,” katanya.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau berkata demikian selepas mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor merasmikan Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Daerah Putatan, di sini.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir Shahelmy Yahya.

AdvertisementMengulas lanjut, Awang yang juga Pengerusi Qhazanah Technologies berkata, ketiadaan tapak menjadi dilema kepada sebahagian besar penerima bantuan Rumah SMJ di kawasan ini.

Beliau juga yakin masalah sama turut berlaku di kawasan lain, justeru perkampungan baharu seumpama itu adalah jalan penyelesaian bagi memastikan matlamat bantuan Rumah SMJ tercapai.

Advertisement“Ini adalah dilema yang dihadapi sebahagian besar penerima bantuan ini kerana tanah pun tidak ada, apatah lagi tapak untuk buat rumah, jadi bagaimana kita mahu bantu bina Rumah SMJ?.

“Melalui perkampungan ini, kita akan dapat bantu lebih ramai lagi golongan miskin supaya bantuan rumah SMJ ini mencapai matlamatnya dan beri manfaat tanpa ada halangan, khususnya di Petagas,” tegasnya.

Terdahulu, Awang turut menyampaikan angpow kepada golongan kurang bernasib baik, termasuk kanak-kanak, di majlis itu di Dataran Poh Moi, di sini.