![Image from: “Perkara Itu Tidak Akan Berlaku Lagi, Saya Janji” – Zul Ariffin Mohon Maaf Aksi Tular Merokok Berhampiran Kolam [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/Zul-Ariffin-Mohon-Maaf-Pamer-Aksi-Merokok-800x467.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada minggu lalu, tular di media sosial video yang memaparkan aksi pelakon popular tanah air, Zul Ariffin yang sedang duduk merokok berhampiran sebuah kolam.
Perkongsian video itu nyata mendapat perhatian ramai termasuklah Public Health Malaysia (PHM) yang mengucapkan “tahniah” kepadanya kerana telah mempromosikan tabiat berkenaan kepada umum sebelum Zul membalas ringkas dengan menyebut, “And?”.
View this post on Instagram
View on Threads
Zul Ariffin Mohon Maaf, Tiada Niat Promosi Tabiat Buruk Merokok
Terbaharu, pelakon utama filem Sheriff: Narko Integriti itu tampil memohon maaf susulan perbuatannya merokok dalam sebuah video di media sosialnya yang mengundang rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai.
Jelas Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, dia tidak berniat untuk mempromosi apatah lagi mengajak orang ramai merokok yang diketahui merupakan satu tabiat buruk yang boleh memudaratkan kesihatan.
“Apa yang berlaku ketika itu hanyalah satu tabiat buruk yang saya sendiri tidak pernah berniat untuk menggalakkan atau mepromosikannya kepada orang ramai.
“Hakikatnya ketika itu saya cuma duduk menikmati angin, minum kopi dan secara spontan minta diambilkan video kerana suasana sangat cantik.
“Namun, di sini saya tetap ingin memohon maaf kepada semua yang menegur dengan baik selepas melakukan tabiat buruk itu termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) walaupun mereka tidak ada sebut apa-apa. Perkara itu tidak akan berlaku lagi, saya janji,” katanya yang dipetik dari Kosmo.
Tak Akan Mohon Maaf Kepada Warganet Yang Tinggal Komen Keterlaluan & Menghina
Walau bagaimanapun tegas pelakon yang berusia 40 tahun itu, dia tidak akan sesekali memohon maaf kepada individu yang meninggalkan komen keterlaluan serta bersifat menghina di media sosial.
“Saya tidak akan minta maaf kepada mana-mana penunggang kesihatan, orang yang komen negatif dan melampau dalam Threads. Saya perlu tegas tentang benda begini.
“Kalau kalian komen buruk, semua itu menggambarkan akhlak kalian, bukan akhlak saya,” jelasnya.
Balasan Komen ‘And’ Hanyalah Tindakan Spontan, Tiada Niat Pertahankan Aksi Merokok
Terang Zul lagi, tindakannya yang membalas sebuah komen dengan perkataan and (dan) hanyalah tindakan spontan serta tidak berniat untuk mempertahankan aksi merokoknya itu.
“Jangan terus melabel saya sebagai sombong atau angkuh. Saya hanya minum kopi dan membalas sindiran secara spontan kepada individu yang memulakan sindiran terhadap saya.
“Saya akui perkara itu satu tabiat buruk dan tidak akan berulang lagi. Jadi tak perlulah sampai menjadi terlalu kecoh. Tenang-tenang sajalah,” katanya lagi.
Terbuka Terima Teguran Tapi Perlu Cara Betul
Zul yang juga merupakan pelakon utama drama Rindu Awak 200% dan Bisik Asmara menjelaskan dia terbuka untuk menerima sebarang teguran.
Namun jelasnya, ia perlulah dibuat dengan cara yang betul berbanding meninggalkan komen berbaur sindiran dan sarkastik.
“Tiba-tiba perkara tersebut menjadi kecoh dalam media sosial macam buat kesalahan besar, seperti saya ini mencuri tabung masjid.
“Saya cuma maksudkan, kalau nak sindir, teruskan saja sebab sebelum ini memang tak ambil tahu kerana tidak aktif dalam Threads,” katanya lagi.
View this post on Instagram
Baca Artikel Berkaitan: Teruk Dikecam Muat Naik Adegan Panas, Zul Ariffin Akhirnya Buat Permohonan Maaf
Baca Artikel Berkaitan: Zul Ariffin Enggan Lakonkan Babak Berpelukan & Adegan Panas
