“Perkara Paling Penting Adalah Bertahan Dan Berjuang Demi Cinta – Fazura Ulas Inspirasi ‘Bertahan Demi Cinta’

LocalEntertainment
5 Nov 2024 • 11:51 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Fazura telah ditemu bual menerusi sebuah program, SEA Today News, di Indonesia beberapa hari yang lalu sempena pelancaran lagu terbarunya, Bertahan Demi Cinta.

Menerusi program tersebut, Fazura telah mendendangkan lagu tersebut secara langsung.

image is not available

Pelakon tersebut turut menjelaskan inspirasi di sebalik lagu terbarunya itu.

Menurut Fazura, ia mengisahkan tentang seorang lelaki dan wanita yang saling mencintai dan sudah tentu dalam perkahwinan pasti akan ada cabaran dan halangan dan perkara yang paling penting adalah untuk bertahan dan berjuang demi cinta.

Seorang lelaki dan wanita yang saling mencintai, dan sudah tentu terutamanya dalam perkahwinan akan ada cabaran dan halangan. Jadi perkara yang paling penting adalah untuk bertahan dan berjuang demi cinta.

Sebab itu tajuknya ‘Bertahan Demi Cinta’. Apa pun yang terjadi, kita cuba untuk harungi segala cabaran itu, atasinya dan bertahan dalam perkahwinan.

image is not available

Pelakon itu turut berkata dia pernah menghadapi situasi itu dan menjelaskan bahawa dia sudah berkahwin selama 7 tahun dan baru sahaja bercerai sebulan yang lalu.

Dia menjelaskan bahawa dia tidak menyesali penceraian yang berlaku di antara dirinya dan bekas suaminya kerana dia telah melakukan yang terbaik di dalam perkahwinannya.

image is not available 1 day ago

"Baru Selesai Rekodkan Persetujuan Idah Dan Nafkah Anak" - Fazura Fail Kes Hadanah Terhadap Fattah Amin

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved