Perkasa sempadan, perairan Sabah di LCS: Adun Kunak

LocalPolitics
25 Jan 2023 • 4:03 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak, Norazlinah Arif menyambut baik usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meluluskan peruntukan RM1 billion bagi menaiktaraf prasarana sempadan Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, selain pemberian khas RM300 juta kepada Sarawak, usaha itu bukti kesungguhan Kerajaan Perpaduan memastikan semua rakyat dapat akses setara baik dari segi dana kerajaan mahu pun pertumbuh-an insfrastruktur serta ekonomi dan sosial.

Pada masa sama katanya, usaha untuk mewartakan Sabah dan Sarawak sebagai Wilayah juga menguatkan lagi persepsi dan sokongan rakyat di kedua-dua negeri terhadap ideologi pentadbiran Malaysia Madani.