Perkasakan rumah ibadat Hindu, sebanyak 155 kuil terima bantuan RM20,000

LocalPolitics
27 Jan 2026 • 1:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sebanyak 155 buah kuil telah diluluskan untuk menerima bantuan kewangan sebanyak RM20,000, melibatkan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM3.1 juta di bawah Fasa Pertama Program Dharma MADANI.

Menteri Sumber Manusia (KESUMA) Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata pelaksanaan serta kelulusan bantuan di bawah program tersebut akan dilakukan secara berperingkat dan berfasa.

155 kuil terima bantuan

image is not available

“Program Dharma MADANI ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap peranan rumah ibadat sebagai nadi kekuatan komuniti.
“Dengan sokongan berterusan ini, kerajaan yakin institusi komuniti akan terus diperkasa sebagai ‘Vaganam’ (alat atau medium yang membawa sokongan) di mana kerajaan berharap institusi dapat membantu mengukuhkan perpaduan,” katamnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ramanan memaklumkan Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) dipindahkan daripada Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Sumber Manusia.

image is not available

Jelasnya, pemindahan ini bertujuan memastikan perancangan, pelaksanaan serta pemantauan inisiatif masyarakat India dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, bersepadu dan berkesan, selaras dengan ekosistem pembangunan modal insan negara di bawah Kerajaan MADANI.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Program Dharma MADANI adalah satu inisiatif Kerajaan MADANI bagi menyalurkan bantuan sekali beri (one-off) berjumlah RM20 juta kepada 1,000 buah rumah ibadat Hindu berdaftar di seluruh negara Ogos lalu.

Melalui program ini, setiap kuil yang layak akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM20,000, sebagai pendekatan memperkasakan institusi rumah ibadat Hindu, dan dilaksanakan di bawah seliaan MITRA.