Perkembangan rundingan PH-Bersatu minggu depan

LocalPolitics
1 Oct 2026 • 3:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Perkembangan rundingan PH-Bersatu minggu depan

PETALING JAYA – Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari memberi gambaran bahawa rundingan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka menjadi lebih jelas minggu depan.

Pada masa sama, beliau menegaskan ruang rundingan masih terbuka dan pihaknya sedang berbincang dengan semua pihak termasuk Barisan Nasional (BN) bagi mencari bentuk kerjasama yang boleh diterima.

“Bersama Bersatu, saya fikir menjelang minggu depan kita boleh dapat sesuatu,” katanya katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Perubatan Sunway Damansara di sini, semalam.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi PH Melaka, Khoo Poay Tiong kelmarin dilaporkan berkata, PH tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam PRN Melaka akan datang dan gabungan parti itu akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan tanpa kerjasama parti di luar PH.

Sementara pada Isnin lalu, pimpinan Bersatu dan PH Melaka dilaporkan menghadiri jamuan makan malam tertutup yang disifatkan mereka sebagai sesi ‘suai kenal’ dan perkongsian pandangan berkaitan persediaan menghadapi PRN.

Amirudin berkata, ketika ini sememangnya terdapat respons yang bercampur-campur daripada pucuk pimpinan parti.

“Namun, sebagai ketua jentera pilihan raya, saya mengesahkan bahawa kami sedang berbincang dan berusaha mencari penyelesaian yang boleh dilaksanakan bagi setiap gabungan yang terlibat.

“Sekarang kita mempunyai tiga gabungan besar, iaitu Perikatan Nasional (PN), BN dan PH, selain gabungan lain dengan parti lebih kecil seperti Bersatu.

“Ia bukan sekadar soal siapa yang menang kerusi, tetapi apa polisi yang kita boleh kongsi bersama,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Perkembangan rundingan PH-Bersatu minggu depan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved