Perkembangan Terkini PU Azman Di Sebalik Tirai Besi Undang Perhatian

LocalPolitics
1 Jul 2025 • 9:57 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Pu azman ohmedia

Walaupun kini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang, penceramah selebriti PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias tetap meneruskan perjuangannya dalam menyebarkan ilmu agama.

Menurut laporan Berita Harian, perkembangan terbaru itu dikongsikan oleh peguamnya, Mohamad Zahid Ahmad menerusi satu hantaran Facebook dengan keizinan PU Azman sendiri.

Setiap hari beliau mengajar banduan dalam penjara dan ada kalanya berkongsi ilmu dengan pegawai penjara.

Sudah hafaz 4 Juzuk Al-Quran di Penjara

image is not available

Menurut Zahid, PU Azman kini dalam keadaan baik dan dilaporkan sudah menghafaz empat juzuk Al-Quran sepanjang tempoh hukumannya.

Beliau berada dalam jagaan yang baik. Setiap kali kami bertemu, dia pasti minta dibawakan buku baharu.

Walau bagaimanapun, Zahid mengakui kehidupan dalam penjara bukanlah sesuatu yang mudah, dan hanya PU Azman sahaja yang memahami beban emosi yang ditanggung.

Reda dengan ketentuan Ilahi

image is not available

Peguamnya memaklumkan bahawa PU Azman reda dengan ujian yang diterima dan percaya segalanya adalah ketentuan terbaik dari Allah SWT.

Saya yakin apa yang terjadi pada sahabat saya ini adalah ujian yang terbaik di sisi Allah.

Mahkamah kurangkan hukuman penjara kepada 12 tahun

image is not available

Sebelum ini Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan untuk mengurangkan tempoh hukuman PU Azman daripada 24 tahun kepada 12 tahun, yang dijalani serentak bagi dua kesalahan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki.

Bagaimanapun, hukuman dua sebatan ke atasnya dikekalkan dan beliau mula menjalani hukuman pada 27 September 2024.

Pssttt! Setiap manusia diuji dengan cara berbeza. Walau dalam gelap, cahaya ilmu dan keinsafan tetap boleh ditemui jika hati tidak berpaling dari Tuhan.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.