Perkhidmatan Aerotrain KLIA Dijangka Kembali Beroperasi Pada Q2 2025

TechnologyDigital
24 Jan 2025 • 5:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Berita tentang Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) memasuki satu lagi episod baru apabila Pengarah Urusan MAHB, Datuk Mohd Izani Ghani mengeluarkan kenyataan terkini.

image is not available

Beliau berkata, perkhidmatan tersebit dijangka beroperasi semula pada Q2 tahun ini setelah dihentikan sejak Mac 2023. Pihaknya menjangkakan semua ujian dapat diselesaikan menjelang April. Justeru dalam senario terbaik, jika semua ujian berjaya, pihaknya pasti boleh memperoleh sijil untuk beroperasi dengan segera.

Beliau turut berkata, Q2 disebut sebagai jangkaan sekiranya ujian lanjut diperlukan. Garis masa berkenaan juga dianggap penting untuk dipatuhi justeru berharap semua ujian berjaya supaya perkhidmatan tersebut boleh mula beroperasi sebaik sahaja mendapat sijil. Pada masa yang sama memberi jaminan tentang perkara itu.

image is not available

Kenyataan ini dikeluarkan susulan MAHB dikatakan belum memberikan tarikh yang tetap atau tarikh tertentu untuk perkhidmatan itu kembali beroperasi. Loke turut menyatakan ketidakpuasan hati terhadap pengurusan dan kelewatan MAHB dalam projek berkenaan.