Pelanggan Digi Fibre mengalami gangguan di seluruh Malaysia hari ini. Pelanggan dilihat mula merungut menerusi laman media sosial Digi mengenai masalah yang dihadapi sejak tiga jam yang lalu. Walaupun kenyataan rasmi mengenai isu ini belum dikeluarkan, menerusi jawapan balas di media sosial wakil Digi mengesahkan mereka menyedari isu ini dengan perkhidmatan dijangka kembali pulih dalam masa empat jam.

Gangguan hanya melibatkan perkhidmatan Digi Fibre sahaja dengan perkhidmatan lain Digi masih lagi beroperasi seperti biasa. Kepada pelanggan yang memerlukan bantuan atau maklumat lebih lanjut, sila hubungi khidmat perkhidmatan pelanggan Digi Fibre bagi mendapatkan anggaran lebih terkini bilakah perkhidmatan internet mereka akan kembali boleh digunakan.
- Sumber
- Facebook Digi




