Yinson GreenTech (YGT) menerusi unit marinEV mereka menandatangani MoU dengan Langkawi Port Sdn Bhd (LPSB) bagi merealisasikan projek feri elektrik luar pesisir pertama Malaysia. Projek ini bertujuan memperkenalkan perkhidmatan feri penumpang berkuasa elektrik sepenuhnya yang beroperasi antara Kuah, Langkawi dan Kuala Perlis.

Menerusi perjanjian ini, marinEV akan menyediakan feri melalui sementara LPSB mengendalikan operasi perkhidmatan. Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula membangunkan bekalan kuasa dan infrastruktur pengecasan. Perkhidmatan feri elektrik pertama Malaysia menerima stayus sebagai Projek Keutamaan Negara dengan sokongan daripada Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Laut Malaysia.
Feri yang digunakan adalah berasaskan platform Hydroferry milik marinEV dengan ia menggunakan sistem dorongan elektrik sepenuhnya, sistem penyimpanan tenaga di atas kapal, teknologi digital marinEV dan keupayaan operasi swalayar dan kawalan jauh yang dibangunkan oleh Zeabuz.
Apabila beroperasi kelak, ia ajan meningkatkan hubungan pengangkutan antara Langkawi dan tanah besar Malaysia. Selain itu ia menjadi demonstrasi praktikal integrasi kapal elektrik, infrastruktur pengecasan pantai serta teknologi digital dalam operasi harian pengangkutan penumpang.



