Perkhidmatan Kereta Api Terus Antara Kuala Lumpur & Bangkok Bakal Dihidupkan Semula Tahun Ini

LocalTravel
4 May 2025 • 10:39 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perkhidmatan kereta api terus (direct train) antara Bangkok, Thailand dan Kuala Lumpur, Malaysia dijangka akan bakal beroperasi semula pada tahun ini.

Memetik laporan Berita RTM, kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Thailand berhasrat untuk menghidupkan semula perkhidmatan kereta api terus antara dua ibu negara ini.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Anthony Loke iaitu Menteri Pengangkutan Malaysia ketika mengadakan lawatan kerja sehari ke Thailand dan bertemu dengan Menteri Pengangkutan negara itu, Suriya Juangroongruangkit.

image is not available

Menurut beliau, pelaksanaan itu dapat dilakukan dengan segera kerana perkhidmatan itu tidak memerlukan pembinaan landasan baru sebaliknya akan menggunakan landasan kereta api yang sedia ada.

Untuk pengetahuan semua, landasan kereta api yang sedia ada telah menghubungkan Bangkok – Padang Besar – Butterworth – Kuala Lumpur.

image is not available

Difahamkan, bagi membuat persiapan awal untuk memulakan operasi perkhidmatan kereta api Bangkok-Kuala Lumpur itu, tempoh selama tiga bulan diberikan kepada State Railway of Thailand (SRT) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Meskipun ia tidak memerlukan pembinaan trek baharu, namun untuk perkhidmatan kereta api terus Kuala Lumpur – Bangkok, ia tetap memerlukan penjualan tiket secara kerjasama antara kedua-dua negara, koordinasi dan pemasaran.

Tak sabarnya kan! Lepas ni kalau nak pergi Bangkok, boleh la naik direct train dari KL.

Sumber: Berita RTM

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.